I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday 14 December 2011

Lakaran Rama-Rama

        " Anak mama tengah buat apa ni .. tekun je mama nampak .. " Aku mendakap anakku yang berusia 3 tahun itu dari belakang . Lysha menolak tubuhku . " Mama , janganlah kacau Lysha .. Lysha nak buat rama-rama macam tu .. " Lysha menunjuk gambar yang digantung di ruang tamu . " Okey .. mama tak mau ganggu .. " Aku melepaskan dakapanku , lalu melabuhkan punggungku diatas sofa .

        " Hoi ! Korang buli budak ea .. aku report dengan cikgu kang ! " Sergahku dari belakang . Tiga pelajar lelaki itu berlari menyelamatkan diri , setelah mereka tahu bahawa yang menyergahinya adalah aku . Seorang pengawas . Hehe .. Tahu Takut . " Awak okey tak ? " Tanyaku lalu menghulurkan tangan . Pelajar itu hanya menganggukkan kepala lantas disambut tanganku untuk bangun . Aku lihat , pelajar itu menulis sesuatu diseking kertas . Kertas itu diserahkan kepadaku . Aku membaca ayat yang ditulis oleh pelajar tadi .

        " Thank you ! Saya ni tak boleh cakap .. bisu .. " Ayat itu membuatkan aku bersyukur , kerana diberi suara untuk dilontarkan . " Owh .. sama-sama ! Jangan takut .. saya ni tak memilih kawan . Saya Melleyya , kamu ? " Aku memperkenalkan diriku . Pelajar itu menunjukkan buku notanya , Afiq Naufal . " Nice name ! Afiq .. " Pujiku . Afiq tertunduk malu .

        " Eh ! Mell .. aku dengar kau rapat dengan budak bisu tingkatan 5 tu ea .. " Tegur rakan sekelasku , Rania . Aku menoleh kearahnya . " Lebih baik aku kawan dengan orang bisu , dari kawan dengan orang ada suara tapi mengutuk orang .. " Sindirku . Rania mengetap bibir , geram ! Rania meninggalkanku . Aku tertawa kecil . Siapa suruh kutuk orang , kan kena balik .. hehe . Monologku sendirian .

        KRRRINNGGGGGG !!!!!!! Lonceng berbunyi tanda waktu rehat bermula . Pelajar kelasku berebut-rebut untuk keluar kelas . Dah macam kambing terlepas .. Kata cikgu kelasku . Aku terpandang satu susuk tubuh sedang menungguku duluar kelas . Aku menghadiahkan senyuman manis kepadanya . Dia membalas senyuman itu . " Jom .. hari ni Afiq bawa apa ? " Tanyaku . Afiq membuka bekas ungu yang berada ditangannya . Mee hoon goreng sambal .. Sedap tu ! Desis hatiku . " Kongsi ea .. nanti Afiq ambil Mell punya sikit hehe .. boleh ? " Aku mengankat kening . Afiq mengangguk setuju .

       Aku dan Afiq duduk dibawah pohon rendang . Aku suka tempat disini , redup dan nyaman . Ku lihat Afiq melakar sesuatu , lantas ku bertanya " Afiq buat apa ? Lukis apa tu ? " Afiq memberi kertas A4 kepadaku . Lakaran seorang wanita yang mukanya mirip dengan mukaku . Aku tersenyum " Cantiklah , bagi Mell lah .. " Afiq mengelengkan kepala . " Alaa .. takpe lah ! " Aku melontarkan nada suara merajuk . Afiq menayangkan mee hoon goreng yang dibawanya . Aku terus merampas bekal itu dari tangannya .

        " Melleyya ! Sini kejap , mama  dengan papa nak cakap sikit . " Tegur mamaku , sebaik sahaja aku menguak pintu kamarku . Dalam keadaan terpaksa aku mengekori langkah mama . " Nak apa lagi mama dengan papa ni .. Dah lah aku penat .. " Rungutku dihati . " Duduk Melleyya . " Arah papaku yang masih membaca surat khabar . Aku mematuhi arahan itu . Mama pergi kedapur , dan tidak lama kemudian membawa air teh ke ruang tamu . Mama melabuhkan punggungnya disisi papa . 

        " Melleyya , bulan depan Mell kena tukar sekolah baru .. " Papa merenungku tajam . Aku menjadi serba tidak kena . " Papa marah ke aku kawan dengan Afiq ?? " Soalan itu berlegar dikepalaku . Aku cuba menghakis prasangka buruk , tapi perasaan itu tidak mahu hilang . Aku memberanikan diri untuk bertanya . " Kenapa papa ? Papa tak suka Mell kawan dengan budak-budak ni ke ? " . Papa mengela nafas panjang lalu dilepaskan perlahan-lahan . Mama hanya membisu semenjak tadi .

        " Kita terpaksa pindah ke Dubai , Mell .. " Papa memberitahuku . " What ?! Papa .. mama .. Mell tak nak pergi ..  dan , kenapa pula nak kena pindah ke Dubai ? " Tanyaku .  Air mataku berkolam . " Papa kena uruskan syarikat kat sana .. kalau Mell tak ikut , siapa nak jaga Mell ? Mak Cik Kiah dah balik kampuung tadi . " Mama yang sejak tadi membisu , memujukku . " Tak boleh ke kalau Mell tinggal kat sini je mama ? Papa ? " Rengekku seakan budak kecil . Mama dan papa mengelengkan kepala serentak .

       Aku berlari memasuki kamarku , lalu menghempaskan badanku diatas katil bercadar coklat keremel itu . Aku menangis . Kenapa perkara ini terjadi selepas timbul satu perasaanku terhadap Afiq .. Kenapa lepas aku dah mula sayang kat dia .. Kenapa sewaktu aku dah jatuh cinta padanya !!!! Jeritku didalam hati . Aku mencapai telefon bimbitku diatas meja solek disisi katil . Aku menaip mesej kepada Afiq .

        Esok datang awal taw , ada something Mell nak bagitahu ......

        Aku menekan butang ' hantar ' . Tidak lama kemudian , bunyi anak kucing mengiau berdering , menandakan mesej masuk . Aku membacanya ,

       Okey Mell .. IsyaAllah Afiq datang awal ya .. Afiq tak janji ..

        Aku memejamkan mata , terasa berat beban yang aku sedang taggungi .Kedengaran azan berkumandang di surah berdekatan , menyeru umat Islam menunaikan solat Asar . Aku bingkas bangun dan menuju ke bilik air didalam kamarku untuk mengambil wuduk . Setelah selesai menyucikan diri , aku menyarungkan telekung yang dibeli dari Arab sewaktu aku melancong ke negara itu . 

        " YA ALLAH , hanya engkau sahaja tempat aku mengadu . Hanya engkau mengetahui apa isi hatiku .. andai itu benar , permudahkanlah urusan hati ini .. Tapi jika salah apa yang aku rasakan ini , padamkanlah ia .. jangan biarkan ia merosakkan ku . Andai dia bukan milikku .. dan bukan jodohku , pertemukanlah dia dengan pasangan yang baik sebaiknya .. Ampuni segala dosa yang ku lakukan , ketika sedar mahupun tidak , sesungguhnya Engkau Maha Pengampun . Amin .. " Aku meraup muka setelah selesai berdoa .

     " Afiq .. Mell dah nak pindah bulan depan .. " Air mataku sudah menunggu masa untukku berjurai . " Jangan lupa kat Afiq tau .. !!! " Afiq menunjukkan buku notanya . " Tak mungkin lah Mell boleh lupa Afiq , Afiq tu pun sama .. jangan lupakan Mell .. " Air mataku merembes keluar dengan derasnya . Aku memeluk sekujur tubuh yang amat ku cintai . Memeluknya dengan erat , seperti tidak mahu melepaskannya . Afiq juga begitu , kemas dakapannya . " Jangan sesekali lupakan Mell tau .. " Kataku tersedu_sedu . Aku mengesat air mataku dengan tangannya , lembut sahaja . Afiq mengagguk . Kelihatan matanya pun sudah berair . 

        " Afiq .. esok dah mula cuti , Mell nak beritahu sesuatu kat Afiq " . Afiq melepaskan dakapannya , begitu juga aku . " Afiq .. Mell suka kat Afiq , Mell sayang kat Afiq , Mell cintakan Afiq ."  Air mataku sekali lagi mengalir , kini lebih deras . Afiq diam , tidak berganjak . " Afiq .. dengar tak ni ? Mell cintakan Afiq !!! " Aku menjerit , tapi Afiq masih begitu , mebatu . " Afiq ! Tolong cakap yang Afiq pun cintakan Mell . Tolong Afiq , cakap kat Mell ! " Paksa ku . Afiq masih disitu .

        " Afiq kejam ! Kenapa Afiq bisu ? Mell tahu , Afiq pun sama macam Mell ! Afiq cintakan Mell .. Tapi kenapa tak nak cakap ? Kenapa Afiq ni dilahirkan bisu ? Kalau tak .. Mell boleh dengar ayat tu .. Afiq kejam !!!!! Kejam .. " Aku menumbuk-numbuk dada lelaki yang setahun lebih tua dariku ." Kenapa Afiq ...... " Tanyaku seperti kehilangan akal waras . Aku berlari meninggalkan Afiq yang menangisi pemergianku ataupun kerana ketidak sempuranaannya itu .

        Aku mengangkat beg berisi pakaianku yang telah dikemas seminggu sebelum aku meninggalkan segala kenangan diMalaysia . Afiq Naufal , pelajar sekolahku dan cinta pertamaku .. selamat tinggal . Sebentar lagi aku akan meninggalkan semua . Segalanya . Tiba-tiba mataku terpana kepada sebuah bungkusan berwarna coklat . Aku mendekati bungkusan itu , lalu mengambilnya . " Kepada : Melleyya Ryanna Adnan . " Sanubariku berbisik . Aku segera mebukanya perlahan-lahan . " Rama-rama ? " Monologku sendirian . Aku mebelek-belek lakaran rama-rama yang dilukis dengan pensil warna itu . Mataku menangkap nama yang amat ku kenali , Afiq Naufal . Aku memeluk lakaran itu . Air mataku mengalir .

      " Mama , mama ! " Suara anakku membuatkan kenangan tadi entah hilang kemana . Aku mengesat air mataku . " Ye Lysha ?? Dah siap ke rama-rama tu ? " Tanyaku sambil mengusap kepala anakku . " Sudah mama , tapi kan .. Lysha tak boleh lah nak buat perkataan I LOVE U macam kat kepak rama-rama tu .. susah .. " Lysha menunjukkan perkataan itu . Aku merenung lakaran itu . " YA Allah , sudah lima tahun lakaran itu bersamaku , kenapa baru sekarang aku mengetahuinya . Kenapa tidak lagi dulu . Maafkan Melleyya , Afiq .. maafkan Mell ! Kalau tidak mungkin aku bahagia bersamamu Afiq , kerana papa memberikan aku dua pilihan , sama ada mengikutnya ke Dubai , atau tinggal diMalaysia . " Maafkan Mell , Afiq ! "